My Blog List

Thursday, May 3, 2012

Kem Karisma II

Assalammualaikum.

Dengan kehidupan aku sekarang yang macam orang gila menunggu keputusan UPU keluar dan keadaan emosi yang tak bape stabil membuatkan aku susah tok membuat keputusan tentang pengajian aku. Aku dapat form 6 kat star tue haa laei jurusan Kemanusiaan tapi aku tetap tunggu keputusan UPU kuar gak. Semoga Allah permudahkan urusan aku nak masuk Universiti.

Walaupun masa depan tuk aku sambung belajar masih samar-samar, akanku cube tuk update pasal PLKN dengan gemmbiraanyaa. :)

Kalau masuk PLKN nih mesty para rakyat ingat yang all time kena pakai baju loreng dan berada sekian lamenya di hutan tropika. Well hello ! PLKN laa tempat yang palig bestt nak kenal diri sendiri.

Haaa kalau nak pakai loreng nih pon satu hal. Macam-macam benda yang nak kena gantung kat badan. Masa first-first perintah dikeluarkan suruh memakai ini custom, gelabah bagai aku. Dengan bootnya, tali pinggang, getah, innner loreng (aku tak pakai pon huahua) & banyak laa. Pada hari ini ada banyak gambar yang memaparkan aku kelihatan sungguh kacak bila memakai loreng. haha.


Wirawati yang kacak dibawah sepohon pokok kelapa di tepian kolam. Sara ni salah sorang kawan baik aku dari Batu Pahat. Korang tahu dari Batu Pahat je dah 4 bas. So, memang kebnyakkn kawan aku dari sana laa kan :) . Aku kenal Sara nih time kat surau kowt.

Nie tengah pose dekat maje makan Delta *aku laa* Meja makan aku cantekk lain dari yang len sebab gune meja cegu plus alas meja tue aku bercorak bunge-bunge cinta. HAHA. Bersama Anis ngn Sara. Diorang best sangat. Anis nih budak dorm aku. Seronok-seronok. Anis, rahsia dorm kite-kite je yea. :))

HAHA. Sebelum Majlis Penutup berlangsung haruslah men sorok-sork dulu. Hee. Sara you are the best. Kitorang berkongsi macam-macam citer tau. ><

Mengumumkan ketibaan Tuan Komander. Nih laa Tuan Komander yang menjaga kebajikan kitorang sepanjang berada kat sini. Beliau sangat peramah tau.

yang tengah-tengah tue Selva. Kitorang same compeni okay. Aku kenal dia pon masa same-same kena buat KKJ. As you know, since aku form1 aku tak pernah ada classmate warga India lelaki. So, kat sini ramai sangat India yang baik, peramah. yang kiri tue aku tak ingat ur sape. Selva nih sangat peramah giler ur. Skunk nih pon aku masih mesej2 ngan dia. Ingat lagy masa KKJ dulu lebih banyak borak-borak, kenal-berkenalan dari buat kerja. HAHA. Ramai laa India laki yg aku kenal kat Karisma nih.

Antara yg rapat ngan aku Thamil. Ya Allah, ko tahu Thamil nih yg tegur aku dulu. Dia kata kat aku yg mase kitorang *bdk Gemencheh* kene tggu bas kat Bahau nk balek kem, dia nmpk aku. pastu aku pon macam 'hahh -,-' tak nmpk pon. Thamil tue sangat baik. yang penting dia duk Gemas uke. huhu. Dokek yoo dgn ghumah den nih. hee.
Haa, ada lagi sorang Sakthiv. Friendly sangat dia nih. Aku kenal dia pon masa kelas yg terakhir. Tapi uke laa banyak bende yang kitorang share. Gambar kat atas nih masa dah abis Majlis Penutup. Gua lepak2 lu ngan wira-wira nih. Korang tahu masa first week family aku, nak tengok aku kat kem, diorang isik minyak lu kat Gemas nie. Then, ada laki India nih cakap 'nak tengok akk kat PLKN eh?' Aku tnya laa adek aku sape yg tny, hmmp dia pon tk tahu. Sedih waa. Sapee laa agak nya. Mungkin schoolmate aku laa kowt.

Masa Majlis Penutup berlangsung aku kene buat show Senam Seni. Best woo. Menari tak ingat dunia. Siyess guwa enjoy je. Almaklum laa esoknya dah nak tinggalkan kem. wiee. Aku nya barisan belakang sekali, so memang tk nmpk laa dalam gambar nih. Bile sampai part Chicken Dance shumee tetamu *yakni parents yg ada dtg* bole join sekali. Meriah sangat. Senam Seni nih kira macam shumee tarian 1Malaysia. hee.

Khidmat komuniti yang pertama kitorang pergi Istana Seri Menanti. Kitorang datang atau nek bas by kelas KN. Sesape yg kena pakai loreng seumur idop tue selamat tinggal laa yea. Aku pon first time gi Istana nih *even local nesmilan* ahakz. Istana nikan dibina tanpa ad satu pon paku, so budak2 Batu Pahat so excited. huhu. Tangga dalam Istana nih sangat curam, takut aku. Rase cam menyesal je nek. -,- Macam-macam aktiviti kitorang buat kat sini antaranya tarik upih, baling kelapa jatuhkan tin. Pastu ada laa aktiviti dalaman cam men batu seremban & congkak. Aku, Dayah Apiz, Anis makan-makan eskem lagy. huhu. Seronok sangat. Kitorang duk sana sampai tengahari. Makan tengahari kat sana sangat laa teruja dan bertuah sebab tak perlu basuh pinggan macam yg selalu buat kat kem. Kitorang just basuh tangan jee. Comel kan. ><

Aku main tarik upih jee. Farah yang tarik aku. HAHA. kelakar sangat. yang tersimpuh comel nih dua balak aku. Haruslah ambek gambar dia kan. Dia laa yang menjaga segala susah senang & sakit perit aku sepanjang tiga bulan kat kem. cewahhh kau. :p

haaa. game nih kitorang main kat padang bola kem jee. best tau. ada dua game. satu macam yg kat atas nih, kena bawak air tue tanpa tumpah & jangan sampai terlepas tali tue. game nih sangat menguji kesabaran tau. and lagi satu game tue aku main. aku, Hawa dan Zati saling bekerjasama. comeyy nyee. kedua-dua game tue dimenangi oleh compeni Delta. sungguh tik tik boom. hahaaha.

                         haaa nih laa tempat kitorang menembak kat lapang sasar mantin. 100 meter kowt jarak ngan papan tue. jenuh aku nak lari nya. lepas nye abis menembak shumee. cegu2 plak buat pertandingan pecah piring kowt. boringg sangat. maleh aku nak tengok. then bile tengahari cikit tue ujan plak. mood jiwang menyelubungi diri time tue. wawahh ko :p dah asar bawu sampai kem. best sangat. ><         
                                       
Macam-macam kenangan ada bile kat kem karisma. Tetibe aku rasa sungguh beruntong menjadi pilihan kerajaan tok PLKN nih.

p/s : gambar yg takda link blog aku tue, diambek dari Erniza's Lensa yg baik. aku dah mntk izin dia tuk ambk afew photo album dia untuk tatapan pembaca blog sekalian. aku tk men laa men ambk jee tnpa izin. unless org yg aku kenal.

1 comment:

  1. Salam dayah, ko ada blog ea? join la blog aq plak. puterisulungbonda.blogspot.com

    ReplyDelete